Isnin, 9 Disember 2013

kEhIlAnGaN 13 pElAtIh kOmANdO!!!

MELAKA: Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi. 


Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin. 

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.


Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan kesemua pelatih komando itu kemudiannya disahkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 

Beliau yang dihubungi dipetik berkata 13 anggota pelatih komando berkenaan sedang menjalani latihan mendayung. 


Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan. 


Terdahulu, jurucakap di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa. - myMetro.

MELAKA 9 Dis. - Kesemua 13 anggota komando dari Kem Tentera Sungai Udang di sini, yang dilaporkan hilang selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka berdekatan Dataran 1Malaysia Klebang di sini malam semalam, telah ditemui semula.
Mereka ditemui orang awam kira-kira pukul 1.19 pagi ini dan dibawa ke Hospital Kem Terendak dekat sini untuk mendapatkan rawatan. - UTUSAN ONLINE

TiPaH tErTiPu :P

Ramai yang kecewa dengan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang terbitan MIG dan hasil arahan Pierre Andre. Walaupun kononnya filem ini bakal menampilkan pendakwah Ustaz Azhar Idrus sebagi salah seorang pelakon undangan dan bertujuan berdakwah tetapi hakikatnya bukanlah begitu.

Filem ini lebih kepada komersial untuk mengaut untung dengan eksploitasi populariti UAI memandangkan pelakon utama kumpulan Shiro masih belum cukup kuat untuk menarik penonton ke panggung.

Dengan eksploitasi kononnya UAI berlakon dan poster besar terpampang wajah UAI peminat UAI akan hadir ke panggung membawa anak-anak dan keluarga tetapi ternyata tertipu. UAI hanya tampil dalam satu babak sahaja.

Bak kata wartawan bernama Syed, lebih baik tonton Youtube sahaja jika ingin melihat ceramah hebat UAI daripada menonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini. Walaubagaimanapun filem ini berjaya mengutip RM 1 juta pada 5 hari pertama.

betol ker?

rUsUhAn Di SiNgApUrA!!!!

BERITA TERGEMPA.
 persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura, Amat jarang kedengaran rusuhan berlaku di Singapura. Apa yang berlaku malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka.
Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.

Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.|

Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.

Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.

Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.

Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean berkata:

"Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

"Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya.

- Bernama









*WALAUPUN ADA SESETENGAH PIHAK YANG MENGATAKAN MEREKA TIDAK SIMPATI KEPADA SINGAPURA KERANA DIPERCAYAI SINGAPURA 'SPY' NAMUN ATAS SEMANGAT NEGARA SERATAU MARILAH KITA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SEMUA NEGARA.

Ahad, 8 Disember 2013

bIoDaTa mAnDeLa dAn kIsAh hIdUpYa



Nama: Nelson Mandela Rolihlahla.
Dilahirkan di Transkei, Afrika Selatan.
Lahir pada: 18 Julai, 1918.

meninggal dunia pada: 5 disember 2013.
Bapanya adalah Hendry Mphakanyiswa daripada puak Tembu.
Mandela mendapat pendidikan di Kolej Universiti Fort Hare dan Universiti Witwatersrand dalam bidang undang-undang.

Nelson Mandela dikenal di seluruh dunia sebagai pejuang kemerdekaan melalui kegiatan anti apartheidnya dan kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan. 


Masa kecilnya dihabiskan di Thembu kemudian memulakan kerjayanya di bidang undang-undang. 
Beliau juga memiliki nama kehormatan dari puaknya iaitu Madiba.
Mendela kemudian berpindah ke Qunu sampai berumur 9 tahun. 
Beliau merupakan yang pertama dari keluarganya yang mengikuti persekolahan. 
Beliau juga mendapat nama Nelson daripada gurunya seorang Metodis.

Pada 1934, beliau memulakan program B.A. di Fort Hare University, dimana beliau bertemu Oliver Tambo yang menjadi teman dan rakan-rakannya yang setia. Setelah menentang dasar universiti dan beliau diminta keluar. Beliau pindah ke Johannesburg dan melanjutkan pengajian di University of South Africa setelah mengambil undang-undang di University of the Witswatersrand.
Perkahwinan pertama Mandela dengan Evelyn Ntoko Mase berakhir dengan perceraian pada 1957 selepas 13 tahun. Perkahwinannya dengan Winnie Madikizela yang berjalan 38 tahun berakhir dengan perceraian 1996. Pada ulang tahunnya ke-80, Mandela menikahi Graça Machel, janda dari bekas Presiden Mozambique Samora Machel, yang juga seorang kawan ANC.

Sebagai Aktivis Nelson Mandela mengikuti African National Congress (ANC) dari tahun 1942.Karena kegiatann antiapartheid, beliau menjalani pelbagai hukuman. Pada 5 Ogos 1962, Mandela ditangkap dan dipenjarakan di Johannesburg Fort kemudian pada 25 Oktober 1962, ia dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan pada 12 Jun 1964, beliau dan sekumpulan aktivis lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

selepas menolak pembebasan bersyarat dengan menghentikan perjuangan bersenjata pada Februari 1985 , Mandela tinggal di penjara sehingga dibebaskan pada 11 Februari 1990 atas perintah Presiden Frederik Willem de Klerk setelah ditekan oleh seluruh dunia . Mandela dan de Klerk mendapatkan hadiah Nobel Keamanan pada 1993

Nelson Mandela menjawat jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan dalam masa kira-kira 5 tahun ( Mei 1994 - Jun 1999 ) setelah memenangi pilihan raya dan menjadi presiden kulit hitam pertama dengan de Klerk sebagai Timbalan Presiden . Masalah AIDS menjadi sumber kekecewaan orang - orang dan penyesalan Mandela kerana dalam masa pemerintahannya , ia kurang memberi perhatian kepada masalah ini . Anaknya , Makgatho Mandela , meninggal kerana AIDS pada 6 Januari 2005 .



Nelson Mandela , pemimpin anti - apartheid dan presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan , meninggal dunia hari Khamis tanggal 05 Disember 2013 . beliau meninggal pada usia 95 tahun . Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mengumumkan kematian Mandela . Mandela yang hampir tiga dekad di penjara dalam perjuangan untuk menamatkan pemerintahan minoriti kulit putih dan diskriminasi terhadap warga kulit hitam di Afrika Selatan .

NeLsOn mAnDeLa dAn nOmBoR 46664


pemergian Nelson Mandela meninggalkan beribu cerita. Salah satunya menegenai nombor  46664.

BBC pernah menulis tentang kisah nombor 46664 pada  tahun 2011 yang lalu. Angka 46664 diambil sempena tahun 1964, di mana Mandela mula dipenjara di Robben Island dan 466 diambil dari nombor kedatangan Mandela sebagai tahanan. Dia adalah tahanan ke-466 yang dipenjara di kawasan yang dikelilingi laut itu. Mandela ditahan selama 27 tahun di Robben Island. si penentang dasar Apartheid itu mula dibebaskan pada tahun 1990.

Belakangan ini,angka itu menjadi simbol tersendiri bagi gerakan amal. Dengan persetujuan Mandela, ada pengusaha yang menjadikan 46664 sebuah simbol fesyen. Semua keuntungan dari penjualannya disumbangkan ke yayasan amal.

Tak hanya menjadi simbol fesyen, angka 46664 pernah juga digunakan oleh para pemuzik dunia untuk menggelar konser amal tahun 2000. Tujuanya adalah untuk membantu pesakit AIDS. Artisnya bermula dari The Corrs hingga Beyonce.


Bahkan, vokalis band U2 sempat membuat lagu berjudul 46664 untuk Mandela sebagai sebahagian darpada kampen AIDS di Afrika.