Nama: Nelson Mandela Rolihlahla.
Dilahirkan di Transkei, Afrika Selatan.
Lahir pada: 18 Julai, 1918.
meninggal dunia pada: 5 disember 2013.
Bapanya adalah Hendry Mphakanyiswa daripada puak Tembu.
Mandela mendapat pendidikan di Kolej Universiti Fort Hare dan Universiti Witwatersrand dalam bidang undang-undang.
Nelson Mandela dikenal di seluruh dunia sebagai pejuang kemerdekaan melalui kegiatan anti apartheidnya dan kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan.
Masa kecilnya dihabiskan di Thembu
kemudian memulakan kerjayanya di bidang undang-undang.
Beliau juga memiliki nama
kehormatan dari puaknya iaitu Madiba.
Mendela kemudian berpindah ke Qunu sampai
berumur 9 tahun.
Beliau merupakan yang pertama dari keluarganya yang mengikuti persekolahan.
Beliau juga mendapat nama Nelson daripada
gurunya seorang Metodis.
Pada 1934, beliau memulakan program B.A.
di Fort Hare University, dimana beliau bertemu Oliver Tambo yang menjadi teman
dan rakan-rakannya yang setia. Setelah menentang dasar universiti dan beliau
diminta keluar. Beliau pindah ke Johannesburg dan melanjutkan pengajian di
University of South Africa setelah mengambil undang-undang di University of the
Witswatersrand.
Perkahwinan pertama Mandela dengan Evelyn Ntoko Mase berakhir dengan perceraian pada 1957 selepas 13 tahun. Perkahwinannya dengan Winnie Madikizela yang berjalan 38 tahun berakhir dengan perceraian 1996. Pada ulang tahunnya ke-80, Mandela menikahi Graça Machel, janda dari bekas Presiden Mozambique Samora Machel, yang juga seorang kawan ANC.
Sebagai Aktivis Nelson Mandela mengikuti African National Congress (ANC) dari tahun 1942.Karena kegiatann antiapartheid, beliau menjalani pelbagai hukuman. Pada 5 Ogos 1962, Mandela ditangkap dan dipenjarakan di Johannesburg Fort kemudian pada 25 Oktober 1962, ia dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan pada 12 Jun 1964, beliau dan sekumpulan aktivis lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
selepas menolak pembebasan bersyarat dengan menghentikan perjuangan bersenjata pada Februari 1985 , Mandela tinggal di penjara sehingga dibebaskan pada 11 Februari 1990 atas perintah Presiden Frederik Willem de Klerk setelah ditekan oleh seluruh dunia . Mandela dan de Klerk mendapatkan hadiah Nobel Keamanan pada 1993
Nelson Mandela menjawat jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan dalam masa kira-kira 5 tahun ( Mei 1994 - Jun 1999 ) setelah memenangi pilihan raya dan menjadi presiden kulit hitam pertama dengan de Klerk sebagai Timbalan Presiden . Masalah AIDS menjadi sumber kekecewaan orang - orang dan penyesalan Mandela kerana dalam masa pemerintahannya , ia kurang memberi perhatian kepada masalah ini . Anaknya , Makgatho Mandela , meninggal kerana AIDS pada 6 Januari 2005 .
Nelson Mandela , pemimpin anti - apartheid dan presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan , meninggal dunia hari Khamis tanggal 05 Disember 2013 . beliau meninggal pada usia 95 tahun . Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mengumumkan kematian Mandela . Mandela yang hampir tiga dekad di penjara dalam perjuangan untuk menamatkan pemerintahan minoriti kulit putih dan diskriminasi terhadap warga kulit hitam di Afrika Selatan .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan